Puad Zarkashi orang pertama khianati UMNO

Puad Zarkashi orang pertama khianati UMNO

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi didakwa terlebih dahulu mengkhianati parti apabila mengumumkan nama-nama pemimpin digantung serta dipecat mendahului parti.

Ahli Jawatankuasa Mahasiswa & Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd. Syed Nasir berkata, tindakan itu menjadi punca perpecahan teruk dalam UMNO apatah lagi turut menyenaraikan nama Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya sebagai pemimpin parti itu yang diminta tunjuk sebab mahupun digantung keahliannya.

Sedangkan, menurut beliau, kenyataan rasmi UMNO yang dikeluarkan Datuk Seri Ahmad Maslan tidak langsung menyebut nama Dr Fathul Bari selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Jumaat lalu.

“Perlu diingatkan, Mohd. Puad pernah menyatakan menerusi media mahu sabotaj dan melumpuhkan jentera UMNO pada 23 April 2018.

“Beliau juga pernah melabel UMNO sebagai parti yang rosak kerana tidak dapat menjadi calon ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Ketika beliau menjawat jawatan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Mohd. Puad membekalkan banyak maklumat palsu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pemecatan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Beberapa pemimpin turut digantung keahlian bagi tempoh enam tahun adalah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya