Polis nafi penglibatan KPN dalam skim pelaburan Amundi

Polis nafi penglibatan KPN dalam skim pelaburan Amundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sebarang pembabitan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam skim pelaburan dikenali sebagai Amundi.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, satu laporan polis sudah dibuat agar siasatan boleh dimulakan ke atas individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dengan menggunakan nama Acryl Sani.

“PDRM baru-baru ini mengesan satu kumpulan di aplikasi WhatsApp yang mempromosikan satu pelaburan dan terdapat satu profil menyamar sebagai Acryl Sani

“Individu tersebut menggunakan nombor telefon 010-2301160 mendakwa kononnya KPN turut menyertai skim pelaburan berkenaan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, siasatan ke atas skim pelaburan berkenaan juga sedang dijalankan.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan skim penipuan pelaburan sebegini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya