Polis buru suspek ragut beg tangan - Utusan Malaysia

Polis buru suspek ragut beg tangan

TANGKAP layar kejadian ragut di Lorong Selamat, George Town, Pulau Pinang yang tular di media sosial hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis Daerah Timur Laut sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki meragut beg tangan seorang wanita di Lorong Selamat di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kira-kira pukul 8 pagi hari ini, video kejadian ragut itu dikesan tular kira-kira pukul 8 pagi ini selepas dimuat naik di laman Facebook ‘We are Malaysians’.

”Polis telah menerima laporan mengenai kejadian ragut ini kira-kira pukul 1.55 tengah hari semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun mendatangkan cedera.

”Melalui rakaman kamera papan pemuka kereta milik suami mangsa, mangsa diragut seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna hitam.

”Lelaki tersebut menghampiri dan meragut beg tangan mangsa yang disangkut di atas bahu kanannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada tangan kanannya.

”Mangsa turut mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM2,800 dan usaha mengesan serta menangkap suspek giat dilakukan oleh pihak polis,” katanya.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya