Polis akan ambil keterangan ibu bapa kanak-kanak rentung

Polis akan ambil keterangan ibu bapa kanak-kanak rentung

KEADAAN rumah yang rosak dalam kejadian dua beradik rentung  di rumah mereka di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanggut, Gombak, Selangor. UTUSAN/FARIZ RUSADIO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Polis akan merekodkan keterangan ibu bapa kepada dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanggut, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, ditemukan rentung dalam sebuah bilik di rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, keterangan mereka diperlukan sebagai proses siasatan.

“Polis akan merakam percakapan mereka dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam kejadian itu, ibu bapa mangsa dilaporkan tiada di rumah ketika kerana keluar makan.

Terdahulu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dilaporkan perlu mendapatkan laporan polis sebelum menentukan sama ada ibu bapa mangsa melakukan kecuaian hingga menyebabkan mangsa maut dalam kebakaran di rumah mereka.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata, pihaknya sedang menunggu laporan penuh berhubung kebakaran itu untuk sama ada ibu bapa mangsa melakukan kesalahan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana cuai.

Seksyen 31, Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) menggariskan mengenai penganiayaan, pengabaian, pembuangan dan pendedahan kanak-kanak.

Seksyen 31(1)(a) menyatakan adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal atau emosi.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN