PM bincang naik taraf infrastruktur penjaja KL

PM bincang naik taraf infrastruktur penjaja KL

ANWAR IBRAHIM mengadakan perbincangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) di Kementerian Kewangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menaiktaraf dan membangunkan infrastruktur penjaja.

Dalam kenyataan di Facebook, Anwar berkata perbincangan itu disertai Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) di Kementerian Kewangan.

“Tadi mengadakan perbincangan dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Hj. Mahadi Che Ngah dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) di Kementerian Kewangan. 

“Perbincangan itu melibatkan cadangan pembangunan dan naik taraf infrastruktur serta fasiliti penjaja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.

Anwar turut memberi penghargaan kepada kumpulan penjaja dan peniaga kecil sebagai penyumbang ekonomi negara.

“Penjaja dan peniaga kecil merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara yang perlu diberikan perhatian agar tidak ketinggalan dalam kepesatan pembangunan di ibu negara,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN