PH, BN sibuk berebut kuasa, gagal atasi kos sara hidup

PH, BN sibuk berebut kuasa, gagal atasi kos sara hidup

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) didakwa terlalu sibuk berebut kuasa sesama sendiri sehingga berterusan gagal dalam menjaga kebajikan rakyat yang semakin terbeban dengan kenaikan kos sara hidup. 

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, belum pun reda isu kenaikan tambang bas sekolah, ibu bapa dan murid ketika ini terpaksa pula berdepan kenaikan harga makanan di kantin sekolah yang mencecah 50 peratus sejak sesi persekolahan dibuka pada Selasa lalu.

Dakwanya, puncanya adalah kerana peningkatan harga bahan mentah di pasaran khususnya kesukaran untuk mendapatkan bekalan seperti telur, gula dan minyak masak. 

“Rungutan ibu bapa sudah kedengaran sejak bermulanya sesi persekolahan 2023 lagi, tetapi sehingga hari ini belum ada apa-apa kenyataan daripada menteri bertanggungjawab. 

“Ini sekali lagi bukti bahawa menteri PH-BN tidak kompeten menjaga nasib rakyat dan Menteri-Menteri golongan kayangan ini gagal merasai denyut nadi kesusahan rakyat.

“Mana penyelesaian yang kononnya akan ambil masa ‘dua minggu’? Jangan pula lepas ini, Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) mencari formula aras tinggi ajaran (Menteri Ekonomi) Rafizi Ramli bahawa kalau harga makanan kantin tinggi, maka pelajar mesti kurangkan makan di kantin,” katanya. 

Beliau berkata demikian bagu mengulas laporan media berhubung kenaikan harga makanan di kantin sekolah yang meningkat sehingga 50 peratus pada sesi pembukaan sekolah, awal Januari ini. 

Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah, Khairuddin Hamzah berkata, peningkatan harga itu bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat, selain beberapa bahan asas yang menyaksikan peningkatan mendadak. 

Khairuddin yang turut mengusahakan kantin di sebuah sekolah dekat Semenyih berkata, antara menu menyaksikan peningkatan harga adalah roti canai yang dijual pada harga RM1.50 berbanding RM1 pada tahun lepas.

Mengulas lanjut, Wan Saiful menggesa Menteri Pendidikan supaya segera bertemu dengan pengusaha kantin untuk membincangkan penyelesaian dan mencapai kata sepakat secara bersama. 

“Antara perkara yang boleh dipertimbangkan ialah pemberian moratorium sewa atau subsidi kos operasi kepada pengusaha kantin yang kebanyakannya adalah usahawan kecil Bumiputera.  

“Sebagai kerajaan, bantulah rakyat. Bukan sibuk berebut kuasa dan bergaduh sesama sendiri,” ujarnya.  -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN