Peruntukan kecil, sukar letak harga – Nadiya Nisaa - Utusan Malaysia

Peruntukan kecil, sukar letak harga – Nadiya Nisaa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“MASALAH bayaran bukan sahaja sudah jadi kudis, tetapi kian merebak seperti kanser.”

Itu luahan bersulam penegasan daripada seniwati, Fauziah Nawi berhubung masalah bayaran, terutama untuk pelakon lama.

Seperti tiada hujungnya, masalah sama diulang cerita saban tahun sehingga ramai yang tertanya-tanya, apakah tiada mana-mana pihak yang bersedia mengambil tanggungjawab mencari titik penyelesaian kepada isu tersebut?

Baik persatuan hiburan sehingga kementerian, masalah itu tetap berlarutan tanpa penyelesaian tuntas.

Bukan hanya pelakon lama, malah bakat baharu, terutama pelakon tambahan kerap menerima bayaran tidak masuk akal.

Hangat Seminggu mendengar suara penggiat seni berhubung isu panas ini.

Peruntukan kecil, sukar letak harga – Nadiya Nisaa

MENGULAS isu sama, pelakon berkarakter, Nadiya Nisaa senada dengan Fauziah dan berpendapat, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kepada pelakon berpengalaman.

Bagaimanapun kata Nadiya, sukar untuk manamana pelakon meletakkan harga disebabkan peruntukan pembikinan drama atau telefilem di negara ini masih rendah.

“Sukar bagi pelakon meletakkan harga kerana bayaran dibuat berdasarkan peruntukan keseluruhan sesebuah drama atau telefilem. Isu ini bukan baru berlaku, malah berlarutan sejak berdekad lalu.

“Namun, bayaran setimpal atau lebih boleh dinikmati pelakon sekiranya mereka bekerja untuk projek besar seperti lem atau naskhah yang dipertontonkan menerusi platform lain seperti Over-the-Top (OTT).

“Pada saya, pokok pangkalnya, bayaran setimpal boleh diterima sekiranya peruntukan lem atau drama itu dikaji semula dan ditambah baik,” katanya.

Nadia berkata, dia juga kecewa dengan isu yang dihadapi pelakon veteran apabila ada kala dina kan hak untuk menerima bayaran setimpal dan berpatutan.

Disebabkan itu, dia secara peribadi membuat persediaan dengan mencari peluang pendapatan n lain dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kerja lakonan.

“Apa yang dihadapi pelakon lama ini membuka mata kepada generasi baru untuk tidak bergantung harap kepada kerja lakonan semata-mata.

“Saya sendiri sudah mula mempelbagaikan kemahiran,mencari peluang pendapatan lain untuk memastikan kewangan saya pada masa akan datang terjamin.

“Susah untuk kita samakan keadaan di sini dengan Hollywood kerana isu bayaran tidak akan habis dibangkitkan. Apa yang boleh dilakukan adalah membuat persediaan untuk masa depan yang lebih terjamin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya