Perak tuan rumah tiga kejohanan tenis antarabangsa - Utusan Malaysia

Perak tuan rumah tiga kejohanan tenis antarabangsa

PRESIDEN PLTP, Fazwil Abful Wahid (kiri) menerima replika cek sumbangan daripada Pengarah Urusan Sanctband, Koh Yek Joo dalam satu majlis di Ipoh hari ini. - UTUSAN/AZIZAN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persatuan Lawn Tenis Perak ( PLTP) akan menganjur tiga kejohanan antarabangsa pada tahun ini.

Kejohanan itu adalah Sanctband ITF World Tennis Tour, Women W15 pusingan 1 pada 12-19 Februari; Asian Tennis Federation Junior Tour B-16 pusingan 4 (Ogos) dan ITF World Junior Tour J4 (Oktober).

Presiden PLTP, Fazwil Abdul Wahid berkata, sebanyak 20 negara dijangka menyertai kejohanan yang berlangsung pada Februari.

“Setakat ini tiada butiran mengenai peserta tetapi mereka yang menduduki ranking 70 ke bawah dijangka hadir di Ipoh.

“PLTA berharap pemain kami, Shihomi Leong akan diterima menyertai kejohanan ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Wisma Majlis Sukan Negeri (MSN) di sini hari ini.

Menurut Fazwil, satu lagi peluang buat Shihomi, 15, untuk menyertai kejohanan itu ialah secara wild card.

Beliau juga mengumumkan perkongsian strategik PLTA dengan Sanctuary Health Sdn.Bhd (Sanctband) pengeluar barangan kesihatan.

“Sanctband telah menghulurkan sumbangan bernilai RM120,000 bagi menganjurkan semua kejohanan antarabangsa tersebut,” kata Fazwil.

Pengarah Urusan Sanctband, Koh Yek Joo berkata, selaku syarikat tempatan, syarikat itu merasa bertanggungjawab menaja PLTA.

“Sukan tenis adalah antara sukan utama di dunia jadi kami ingin membantu meletakkan nama Perak di persada sukan ini,” katanya.

Menurutnya, Perak adalah negeri pertama tajaan syarikat itu kerana mereka juga adalah orang Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN