Kerajaan Sabah sedang menilai kerosakan akibat tanah runtuh

Penilaian kerosakan infrastruktur akibat tanah runtuh, banjir sedang dijalankan

KEROSAKAN yang berlaku akibat banjir di Kampung Libang, Ranau hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah sedang menilai kerosakan infrastruktur yang terlibat akibat tanah runtuh dan banjir yang berlaku di Ranau semalam.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, ketika ini Pejabat Daerah Ranau sedang melakukan penilaian untuk melihat sama ada bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) diperlukan mahupun tidak.

Namun, dalam masa sama, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada mangsa yang terjejas.

Setakat ini, 45 mangsa telah dipindahkan akibat banjir yang berlaku. Namun, kesemua mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah pulang ke rumah masing-masing pada pukul 2.30 petang tadi.

“Semalam, jalan raya dari Kota Kinabalu ke Sandakan di kawasan Ranau telah terputus akibat banjir yang berlaku.

“Ini bukan kali pertama jalan raya di kawasan yang sama terputus. Jadi, saya berharap pihak berkenaan akan membina satu jambatan atau jalan yang lebih kukuh pada masa akan datang.

“Selama ini, kita hanya menggunakan culvert dan ia tidak kukuh,” katanya selepas majlis penyerahan kepala singa kepada persatuan-persatuan Tionghua hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang insiden banjir dan tanah runtuh di Ranau akibat hujan lebat semalam.

Joachim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang itu berkata, agensi terlibat akan mengambil kira semua faktor bagi membantu mana yang boleh.

Banjir yang berlaku semalam mengakibatkan 12 kawasan terjejas banjir termasuk laluan Kota Kinabalu-Sandakan yang terputus.

Pada masa ini, semua kenderaan tidak dapat melalui laluan utama tersebut. Namun, satu laluan alternatif dari Pekan Ranau ke Sandakan boleh digunakan iaitu Jalan Kampung Sinarut Baru-Kampung Tagudon Baru.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya