KOTA BHARU: Belum ada kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan yang berdepan pertuduhan di mahkamah akibat rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, setiap kali SPRM menjalankan siasatan, ia bukan satu kesalahan yang membawa kepada hukuman, sebaliknya proses biasa sejurus selepas menerima laporan. Katanya, perkara tersebut perlu difahami agar tidak berlaku salah faham atau timbul sebarang persepsi negatif, sedangkan kesemua laporan mengikuti proses perundangan…










