Peniaga lakukan ugutan jenayah direman empat hari - Utusan Malaysia

Peniaga lakukan ugutan jenayah direman empat hari

SUSPEK yang didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap pegawai polis dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas perintah reman dikeluarkan di Mahkamah Majistret Dungun, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Seorang peniaga ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan jenayah terhadap pegawai polis, dua bulan lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 53 tahun tersebut dikeluarkan Majistret Noradila Ab. Latif bagi membolehkan siasatan terhadap suspek dilakukan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, suspek ditahan di Bangi, Selangor kira-kira pukul 12 malam tadi.

“Kesalahan tersebut dilakukan suspek yang merupakan penduduk tempatan itu kira-kira dua bulan lalu.

“Selepas sebulan usaha menjejaki suspek dilakukan, akhirnya kita berjaya melakukan penahanan,” katanya.

Baharudin berkata, sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.