Peniaga akok, bahulu 'bingung' bekalan telur belum pulih

Peniaga akok, bahulu ‘bingung’ bekalan telur belum pulih

HANIZA Abdul Razab berdepan kesukaran mendapatkan bekalan telur sehingga menjejaskan perniagaan akoknya di Kampung Kubang Batang, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Peniaga kuih akok dan bahulu ‘bingung’ bekalan telur belum mencukupi dan sukar diperoleh sekali gus memberikan kesan kepada urus niaga mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata peniaga menyatakan sukar untuk memperoleh bekalan bahan mentah itu di pasaran ketika ini.

Peniaga kuih akok, Haniza Abdul Razab, 49, berkata, walaupun kerajaan memberi jaminan bekalan telur akan pulih, situasi itu belum dapat dirasainya.

“Nak dapatkan telur terpaksa ke beberapa kedai, saya perlukan 300 biji sehari telur tetapi yang dapatnya hanya 200 biji.

“Ia menjejaskan perniagaan kuih akok saya sejak kebelakangan ini,” katanya ditemui di gerai akoknya di Kampung Kubang Batang, di sini semalam.

Haniza memberitahu, disebabkan bekalan telur gred A sukar diperoleh, dia terpaksa menggunakan gred C bagi memastikan perniagaannya terus bernyawa.

Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit, Ayob Mat Daud, 51, berkata, bekalan telur di kedainya terputus sejak beberapa hari lalu.

Katanya, peniaga masih berdepan dengan kesukaran mendapatkan bekalan telur sehingga kini.

“Permintaan telur tinggi tetapi bekalan pula tiada. Saya tidak tahu apa punca yang menjadi penyebab kepada masalah ini berlaku,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya