fbpx

Pegawai, anggota terlibat pertubuhan haram bakal berdepan tindakan-Polis Kelantan

MUHAMAD Zaki Harun (dua dari kiri) melakukan memeriksa barisan semasa Program Perhimpunan Bulanan di IPD Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

PASIR MAS: Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas ke atas pegawai dan anggotanya yang dikesan terlibat dengan pertubuhan haram sebagaimana berlaku di Terengganu.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya mengarahkan jabatan tertentu menjalankan siasatan dan risikan bagi mengesan kewujudan pertubuhan berkenaan.

“Setakat ini kita tidak menerim sebarang maklumat berkait dengan pertubuhan itu. Namun siasatan lanjut akan terus dilaksanakan dari masa ke masa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Pasir Mas di sini hari ini.

Utusan Online semalam melaporkan, seramai 14 anggota dan pegawai polis di Terengganu yang ditahan kerana terlibat dalam pertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) pada Jumaat lalu disyaki bertindak memberi perlindungan kepada ahli pertubuhan tersebut.

Pertubuhan haram itu melibatkan kegiatan  gangsterism dan keganaaan termasuk ugutan jenayah.

Muhamad Zaki memberitahu, susulan penangkapan anggota dan pegawai di Terengganu itu, pihaknya sentiasa berkerjasama dan berhubung dengan Polis Terengganu.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas ke dua negeri sentiasa berhubung untuk menyiasat aktiviti pertubuhan tersebut.-UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN