PBT diarah semak SOP pusat kurungan haiwan - Utusan Malaysia

PBT diarah semak SOP pusat kurungan haiwan

PBT
NG SZE HAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diarah menyemak dan mengemaskini prosedur operasi standard (SOP) di pusat kurungan bagi memastikan kebajikan haiwan kurungan dipelihara.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, kerajaan negeri menjunjung kasih atas keprihatinan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin mengenai keadaan haiwan di pusat kurungan anjing milik Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang tular baru-baru ini.

“Ia termasuk melihat cadangan ke arah SOP yang lebih seragam dan keperluan menaik taraf pusat kurungan. Kerajaan negeri komitmed dalam memastikan haiwan jagaan di pusat itu berada dalam keadaan baik dan terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah semakan SOP itu akan dibentangkan supaya penambahbaikan lanjut dapat dilakukan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Tengku Permaisuri Norashikin menggesa PBT di negeri ini memperbaiki dan menaiktaraf tatacara pengurusan di pusat kurungan anjing dan kucing masing-masing.

Baginda menzahirkan kekecewaan susulan tular gambar dan video keadaan anjing yang terabai di sebuah pusat kurungan haiwan itu.

Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja bagi kempen Stray Free Selangor (SFS) oleh Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor mahu pihak berwajib meneliti semula pendekatan lebih holistik dalam menguruskan pusat kurungan haiwan terbiar itu.

Menyedari haiwan di pusat itu kebanyakannya tidak terurus dan kurang nutrisi, baginda mahu SOP harian yang digunapakai kini disemak semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.