PAU 2022 : Jika Azalina gagal bawa agenda reformasi, UMNO juga gagal - Utusan Malaysia

PAU 2022 : Jika Azalina gagal bawa agenda reformasi, UMNO juga gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said akan diberikan tempat dalam parti sekiranya berjaya melaksanakan tugasnya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) termasuk mendedahkan agenda sulit bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya Azalina gagal berbuat demikian maka UMNO akan dipersalahkan dalam usaha membawa agenda pembaharuan institusi.

“Tahniah kepada mewujudkan Suruhanjaya Diraja Tommy Thomas yang diluluskan Kabinet, kita tuntut maklumat sama ada tersirat atau tersurat didedahkan dan agenda sulit dikorek sehingga lubang cacing, jika anda gagal, maka UMNO gagal.

“Jika Azalina berjaya, anda dapat tempat di dalam parti,” katanya dalam ucapan dasar Presiden bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Menurut Ahmad Zahid lagi, agenda pembaharuan institusi ia perlu dilakukan segera dengan beberapa pembaharuan institusi lain perlu diteruskan pada kadar segera termasuk pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya