Pas jumpa pemimpin tiga negeri bincang PRN serentak - Utusan Malaysia

Pas jumpa pemimpin tiga negeri bincang PRN serentak

AHMAD Samsuri Mokhtar ((barisan belakang, tiga kanan) bergambar bersama penerima biasiswa pada Majlis Majlis Apreasasi penerima Biasiswa YT-TI (Young Talent Scholarship Programme) di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Pas akan mengadakan pertemuan secara tidak rasmi dengan tiga pemimpin negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan bagi membincangkan mengenai pilihan raya negeri (PRN) pada minggu depan.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan itu nanti berkaitan persetujuan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama supaya PRN dapat diadakan serentak di enam negeri.

Menurutnya, langkah mengadakan PRN secara serentak itu bertujuan memudahkan rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskan pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun, katanya, tiada pihak yang boleh memaksa negeri-negeri terbabit untuk mengadakan PRN secara serentak.

“Ada belaka kemungkinan, kemungkinan berlaku serentak pun ada, tak serentak pun ada tapi kita berharap boleh serentak.

“Pun begitu tiada mana-mana pihak boleh memaksa negeri-negeri lain utk jalankan PRN sekali, jadi apa pun kami bincang dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apreasasi penerima Biasiswa YT-TI (Young Talent Scholarship Programme) di sini hari ini.

Ahmad Samsuri memambah, perbincangan secara tidak rasmi mengenai PRN dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun juga telah diadakan akhir tahun lalu.

Menurutnya, perbincangan yang bakal diadakan pada minggu depan pula diharapkan dapat mencapai persetujuan yang positif.

“Sebelum ini, pemimpin Pas di tiga megeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah telah bersepakat untuk mengadakan PRN serentak,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai tarikh PRN, beliau memberitahu, pihaknya tidak ditetapkan lagi tarikh tersebut dan perkara tersebut aka dibincangkan terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, Pas menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan parti merasuah pengundi pada tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

“Kita serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya