Paling lewat tahun depan naik pelamin - Afifah Nasir

Paling lewat tahun depan naik pelamin – Afifah Nasir

AFIFAH Nasir pada Majlis Pelancaran RR Bridal 2023 di Rizman Ruzaini Couture, Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun belum memutuskan sebarang tarikh, pelakon, Afifah Nasir, 29, memaklumkan, dia sudah bersedia menamatkan zaman gadisnya dengan jejaka pilihan hati.

Menurut Afifah atau nama penuhnya, Nur Afifah Md. Nasir, terlalu awal untuk dia mendedahkan tarikh pernikahan mereka kerana perkara tersebut masih dalam perancangan.

Ikutkan hati, dia ingin menyegerakan majlis pernikahan mereka, namun semua itu bergantung kepada komitmen kerja dan persediaan lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Kalau boleh mesti nak segera, tetapi kita hanya mampu merancang kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Perancangan untuk perkahwinan memang ada, malah saya sudah membayangkan konsep dan persalinan, tetapi saya sibuk dengan urusan kerja sepanjang tahun ini.

“Kalau bukan tahun ini, insya-Allah tahun depan. Itupun sudah kira tempoh maksimum untuk bernikah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi pakaian pengantin Rizman Ruzaini di ibu negara, petang tadi.

Ditebak individu yang bakal menjadi pasangan hidupnya, Afifah enggan berkongsi lanjut kerana bimbang kekasih hatinya itu tidak selesa, apatah lagi jejaka tersebur tidak terbabit dalam bidang seni.

Pelakon drama Suami Tanpa Cinta itu bagaimanapun, akan memaklumkan tarikh hari bahagianya apabila tiba masanya kelak.

“Saya tidak mahu cerita banyak kerana kekasih saya itu sangat berahsia. Saya takut dia tidak selesa.

“Dia sedar apabila menjalin percintaan dengan selebriti, sudah tentu sedikit sebanyak akan terkena tempias populariti,” katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Afifah berkata, dia sudah lama mengimpikan untuk naik pelamin selepas melihat adik-beradiknya mendirikan rumah tangga.

Katanya, perasaan untuk berkahwin lebih membuak-buak apabila melihat kakaknya dapat meluangkan masa bercuti bersama suami.

“Masa sahaja belum izinkan sebab saya dan pasangan mahu pastikan kedudukan kewangan kami betul-betul kukuh sebelum berkahwin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.