Op Dadu: 16 kaki judi ditahan - Utusan Malaysia

Op Dadu: 16 kaki judi ditahan

ANTARA individu yang ditahan dalam Op Dadu di sebuah premis di Bercham, Ipoh semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 16 lelaki ditahan kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di Bercham di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, serbuan menerusi Op Dadu itu dijalankan pada pukul 10.30 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Katanya, dalam serbuan itu, beberapa barang yang digunakan untuk kegiatan perjudian dirampas bersama wang tunai berjumlah RM8,002.

“Kesemua individu yang ditahan berusia lingkungan 22 hingga 44 tahun. Siasatan awal mendapati, mereka baharu sahaja menjalankan aktiviti perjudian di premis berkenaan.

“Kesemua yang ditangkap kini direman sehingga Jumaat ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001),” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah dan menyalahi undang-undang di kawasan masing-masing amat dihargai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.