MYPW anjur gusti 'New Breed’ 18 Februari ini

MYPW anjur gusti ‘New Breed’ 18 Februari ini

MYPW akan menganjurkan kejohanan gusti 'New Breed' pada 18 Februari bagi menampilkan muka baharu dalam kalangan golongan muda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi menampilkan muka baharu dalam kalangan golongan muda, My Pro Wrestling (MYPW) akan menganjurkan kejohanan gusti ‘New Breed’ pada 18 Februari ini di Kuash Theatre Taman Tun Dr. Ismail, di sini.

Menurut Pengarah My Pro Wrestling Sdn. Bhd., Datin Maria Abdullah, kejohanan gusti ini akan menghimpunkan seramai 12 penggusti dunia dari lima negara iaitu Australia, Singapura, Filipina, Japan dan Dubai.

“Malaysia akan menghantar 10 penggusti tempatan, termasuk Juara Intercommonwealth Melbourne City Wrestling, Emman Azman yang dikenali sebagai ‘Golden Boy’, berusia 22 tahun.

“Emman Azman akan mempertahankan tali pinggang kejuaraan pada kejohanan bulan depan menentang ahli gusti dari Singapura, Greg Glorious.

Orang ramai yang berminat menonton kejohanan gusti ini boleh membuat pembelian tiket di web https://www.myticketempire.com bermula Jumaat ini pada harga RM80, RM100 dan RM150,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Maria lagi, MYPW berhasrat membuka kerjasama dengan mana-mana syarikat korporat untuk menaja kejohanan ini, seterusnya menyokong usaha kerajaan dalam melibatkan anak muda dalam aktiviti kesukanan gusti.

Untuk rekod, Emman Azman telah mencipta sejarah pada 26 November lalu dengan menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi kejohanan Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth.

Pada 14 Januari lalu pula, Emman Azman memenangi gelaran ‘Running Elbow KL Gold’ menewaskan ahli gusti dari Taiwan, Hakka pada Kejohanan PUZZLE Pro Wrestling di Taiwan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya