Masalah kewangan, pandemik beri cabaran hasilkan Imaginur

Masalah kewangan, pandemik beri cabaran hasilkan Imaginur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah, Nik Amir mengakui berdepan cabaran berbeza ketika mengarahkan filem terbarunya, Imaginur.

Nik yang juga penerbit filem tersebut memaklumkan, selain pandemik, masalah kewangan juga menjadi faktor yang menyukarkan produksi itu dihasilkan.

“Syarikat Lumatic Films mengambil masa yang lama untuk mengumpul dana bagi menghasilkan filem ini. Dengan bantuan Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas), kami akhirnya berjaya menyiapkan Imaginur.

“Pembikinan filem ini juga tertangguh kerana pandemik. Tetapi, tempoh itu kami gunakan untuk memperhalusi filem ini dengan sebaiknya.

“Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus, filem ini akhirnya berjaya kami siapkan,” katanya.

Imaginur merupakan naskhah unik yang mengangkat kisah percintaan dengan mengetengahkan elemen romantik sains fiksyen.

Filem bertemakan cinta itu disulam dengan elemen hipnosis menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.

Mengenai pemilihan Diana Danielle dan Beto Kusyairy sebagai teraju utama, Nik yakin dengan keupayaan kedua-dua pelakon tersebut dalam menjayakan watak masing-masing.

“Umum mengetahui Beto merupakan seorang pelakon yang mampu menjiwai apa sahaja watak. Malah, dia memberikan komitmen lebih 100 peratus untuk watak Zuhal.

“Saya juga tertarik dengan kebijaksanaan Diana ketika kali pertama berbincang mengenai filem ini. Dia sesuai membawakan watak Nur, seorang gadis misteri,” ujarnya.

Nik juga memaklumkan, dia yakin Imaginur mampu menarik orang ramai ke pawagam kerana keistimewaannya yang menampilkan ramai pelakon hebat dan plot penceritaan misteri yang bakal mewujudkan pelbagai persoalan.

“Walaupun Imaginur bukan sebuah filem blockbuster, saya harap cerita seperti ini diterima baik masyarakat.

“Dari segi plot dan penyampaian, kami cuba hidangkan satu alternatif dengan harapan cerita ini dapat menjadi kebanggaan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Imaginur bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 23 Februari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya