Malawakil pantau kes kehilangan jemaah umrah - Zambry

Malawakil pantau kes kehilangan jemaah umrah – Zambry

ZAMBRI ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perwakilan Malaysia (Malawakil) memantau perkembangan kes kehilangan seorang jemaah umrah Malaysia, Musthafa Kamal Abdullah, 49, di Mekah. 

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Malawakil juga bukan sahaja mengikuti perkembangan, tetapi akan mengambil tindakan sekiranya perlu kerana setiap negara itu mempunyai perundangan yang berbeza. 

“Malawakil kita sedang mengikuti perkembangan itu, bukan hanya mengikuti tetapi mengambil tindakan yang (perlu) kerana ada kes-kes tertentu ada kaitan dengan perundangan negara berkenaan, maka perlu berhubung dengan pihak berkenaan,” katanya kepada pemberita. 

Pada 9 Januari lepas, Utusan Malaysia melaporkan, kehilangan Musthafa di Mekah terus menjadi tanda tanya dan menemui jalan buntu susulan mangsa masih tidak ditemukan walaupun sudah hampir sebulan kes itu berlaku. 

Anak mangsa yang juga merupakan pegawai Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) di Batu Pahat, Muhammad Nabel Musthafa, 26, berkata, ahli keluarganya sudah membuat laporan polis dan di Kedutaan Malaysia sejak bapanya hilang pada 12 Disember lalu, namun masih belum mendapat apa-apa maklum balas daripada kedua-dua pihak. 

Katanya, dengan laporan yang dibuat, mereka berharap kerjasama antara Kedutaan Malaysia dan pihak polis di Mekah dapat dibentuk bagi mengesan dan menjejak kedudukan ayah mereka yang hilang.  –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya