Mahu hasil album terbaik, Siti Nurhaliza ‘rawat’ vokal dahulu - Utusan Malaysia

Mahu hasil album terbaik, Siti Nurhaliza ‘rawat’ vokal dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak mahu terburu-buru menghasilkan album baharu lantaran keadaan vokal dan suaranya yang masih belum sempurna.

Jelasnya, pemilihan lagu-lagu untuk album sudah selesai dan dia kini dalam sesi rawatan serta pemulihan suara yang terjejas setelah dijangkiti Covid-19.

“Mengikut perancangan memang album baharu dilancarkan Februari ini, tetapi saya tidak mahu terburu-buru. Saya mahu mendapatkan album yang berkualiti baik dari segi muzik, lagu dan vokal.

“Lagu-lagu tersebut akan diputarkan selalu. Kalau saya menyanyi dalam keadaan suara begini, saya dengar nanti sakit hati. Lebih baik saya tunggu masa terbaik.

“Saya sudah pulang daripada bercuti dan mula latihan stamina. Saya juga giat memantapkan lagi vokal. Bila sudah bersedia, saya masuk studio. Tak nak buat dua kali kerja,” katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa ini berkata, album baharunya yang bergenre pop komersial bakal menampilkan barisan lagu balada, rancak dan kolaborasi bersama artis pilihan.

“Sebagaimana peminat mengenali saya, album baharu ini bergenre pop komersial. Lagu-lagu balada zaman 90-an, terkini dan rancak seperti yang saya suka.

“Ada kolaborasi juga tetapi kena tunggulah siapa gerangannya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya