Agensi APAD minta kerjasama waris pelajar UPSI

Agensi APAD minta kerjasama waris pelajar UPSI

AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) komited dalam memastikan kebajikan mangsa serta waris sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya melalui tuntutan kepada pihak insurans yang berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang giat membantu mangsa dan waris pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dalam membuat tuntutan insurans kepada pihak yang terlibat.

Berdasarkan rekod APAD, 37 waris mangsa menetap di Terengganu, empat di Kelantan, masing-masing seorang di Kuala Lumpur dan Johor. Pihak APAD telah mendapatkan bantuan dari pihak UPSI bagi membantu menghubungi semua mangsa atau waris bagi tujuan pengumpulan dan pengesahan maklumat berkaitan.

Pihak APAD juga memohon kerjasama mana-mana mangsa atau waris untuk menghubungi pegawai APAD, Ameera Mohd. Ali di talian 03-2603 6763 atau emel [email protected] bagi tujuan penyelarasan tuntutan insurans berkenaan.

Mangsa atau waris juga boleh berhubung terus kepada pejabat cawangan APAD yang berhampiran untuk maklumat lanjut.

APAD menzahirkan rasa simpati dan dukacita di atas insiden yang melibatkan kehilangan 15 nyawa dan kecederaan kepada beberapa orang pelajar dalam bas persiaran tersebut. APAD komited dalam memastikan kebajikan mangsa serta waris sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya melalui tuntutan kepada pihak insurans yang berkenaan.

APAD juga sentiasa memantau aspek keselamatan operasi pengangkutan awam darat melalui pematuhan keperluan tahap perkhidmatan termasuk syarat-syarat lesen yang wajib dipatuhi oleh semua pengendali. – UTUSAN

AGENSI PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN