MAFS telah beri respons segera - Utusan Malaysia

MAFS telah beri respons segera

ZAMRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) te­lah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu mengenai situasi semasa kewangan NAFAS susulan kenaikan harga bahan mentah baja, baru-baru ini di Putrajaya.

Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob me­ngucapkan terima kasih kepada MAFS kerana telah se­gera memberi respons positif dalam memastikan NAFAS dapat merealisasikan harapan Kerajaan bagi menjamin sekuriti makanan negara.

“Alhamdulillah saya bersama pengurusan NAFAS telah me­ngadakan perbincangan dengan Yang Berhormat Menteri baru-baru ini dan beliau telah memberi maklum balas positif serta me­ngambil beberapa keputusan segera bagi memastikan ianya di­selesaikan secara berperingkat.

“NAFAS berharap para petani tidak bimbang kerana NAFAS memberi jaminan akan terus membekalkan baja kepada para petani mengikut jadual musim penanaman padi bagi tahun ini kerana kami faham mengenai keperluan para petani. NAFAS sudah 50 tahun berkecimpung dalam industri ini,” katanya.

Untuk rekod, NAFAS telah mengedarkan bekalan baja subsidi di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), Baja NPK Tambahan di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) dan Skim Baja dan Racun Padi Bukit (SPRPB) sejak tahun 1979. Ini membuktikan NAFAS merupakan sebuah entiti Pertubuhan Peladang yang komited dalam memperjuangkan hak para petani kearah usaha meningkatkan taraf
hidup dan sosioekonomi ahli Peladang.

Baru-baru ini Utusan Malaysia dalam satu laporan akhbar menyiarkan artikel NAFAS ‘tenat’, harga baja padi naik 300 peratus ekoran kenaikan harga bahan mentah baja disebabkan pelbagai faktor di peringkat global antaranya kesan pasca Covid-19, peningkatan kos buruh dan sekatan eksport bahan mentah.

MAFS juga cakna berkenaan pelarasan harga baharu yang perlu dikaji semula dengan mengambil kira kos-kos pembelian bahan mentah, kos pengeluaran dan pembekalan untuk memastikan keperluan baja subsidi bagi petani dapat disediakan mengikut spesifikasi dan mematuhi jadual taburan supaya hasil tanaman padi tidak terjejas sekaligus menjamin keperluan beras negara.

Memetik kenyataan Yang Berhormat Menteri dalam sesi wawancara televisyen di RTM – Naratif Khas baru-baru ini mem­buktikan hubungan kerjasama erat antara Kerajaan dan NAFAS dalam industri baja ini adalah demi memastikan keperluan pesawah terus terjamin.

“InsyaAllah hal ini bukan kerana NAFAS (isu kenaikan harga bahan mentah), ia berpunca dari isu global – peperangan dan lain-lain faktor luar. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, saya akan melihat hal NAFAS ini,” katanya dalam sesi temubual berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.