Langkah London: Jangan ikut nafsu - Nur Jazlan

Langkah London: Jangan ikut nafsu – Nur Jazlan

NUR JAZLAN MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Langkah London yang dilaporkan baru-baru ini membabitkan pemimpin utama daripada Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mengundang spekulasi daripada pelbagai pihak khususnya pemerhati politik tanah air.

Gerakan yang dikaitkan cuba untuk menukar kerajaan itu turut mendapat perhatian Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang berdiri teguh di belakang Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun tidak mengulas mengenai perkara itu secara terang-terangan, Nur Jazlan secara berkias menasihatkan supaya individu yang dikaitkan dengan pertemuan daripada UMNO itu untuk tidak terlalu mengikut nafsu.

Beliau berkata, ini kerana perbuatan itu boleh memudaratkan diri.

“Turkish Delight memang manis dan sedap, tapi awas jangan mengikut nafsu sebab boleh memudaratkan diri,” tulisnya laman Facebook rasminya hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan enggan membuat sebarang komen mengenai khabar angin wujudnya Langkah London yang belum ada asasnya itu.

“Saya ada dengar khabar angin tapi tidak buat keputusan (enggan mengulas) berdasarkan khabar angin,” kata Presiden UMNO itu.

Baru-baru, tular dalam media sosial memaparkan individu mirip Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengadakan pertemuan tertutup di sebuah lokasi di London.

Pertemuan yang disebut sebagai Langkah London itu bagaimanapun tidak disahkan oleh mana-mana pimpinan parti berkenaan.

Malah, Langkah London itu didakwa turut disertai beberapa pimpinan UMNO.

Gambar itu turut dikaitkan spekulasi untuk menjatuhkan Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO yang kini dilantik Timbalan Perdana Menteri di bawah Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, semalam, Naib Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan terlibat dalam Langkah London itu. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN