Laluan keluar Plaza Tol UPM ditutup sementara waktu - PLUS

Bas persiaran terbakar: Laluan keluar Plaza Tol UPM ditutup sementara waktu – PLUS

KEADAAN Plaza Tol UPM selepas bas persiaran membawa 40 penumpang terbakar di lorong keluarnya pagi ini. - IHSAN PLUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup sementara laluan keluar di persimpangan bertingkat Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk kerja-kerja pemeriksaan lanjut struktur plaza tol.

Dalam kenyataan hari ini, PLUS memaklumkan, ia berikutan kejadian bas persiaran yang terbakar di lorong keluar Plaza Tol UPM pukul 6.20 pagi ini.

“Pengguna dari arah utara (Sungai Besi/Kuala Lumpur) yang ingin keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan di persimpangan UPM dinasihatkan supaya berbuat demikian di Persimpangan Bertingkat Kajang.

“Pengguna dari Bangi, Nilai atau Selatan dinasihatkan dari lebuh raya menerusi Persimpangan Bertingkat Kajang atau Sungai Besi sebelum menggunakan laluan alternatif,” katanya hari ini.

Dalam kejadian pagi ini, bas persiaran yang membawa 40 penumpang terbakar di lorong keluar Plaza Tol UPM, bagaimanapun, api dipadam oleh pasukan bomba daripada Serdang beberapa minit kemudian.

Tiada kecederaan terhadap penumpang, petugas plaza tol atau pengguna lebuh raya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.