Krisis bekalan, roti telur naik 50 sen - Utusan Malaysia

Krisis bekalan, roti telur naik 50 sen

WAN Hassan Wan Omar menyediakan roti canai untuk pelanggan di kedainya di Bandar Baru, Gua Musang, Kelantan. – MINGGUAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Krisis bekalan telur di daerah ini semakin meruncing apabila peniaga terpaksa menaikkan harga roti telur sebanyak 50 sen selepas menggunakan bahan mentah itu daripada jenis omega.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Wan Hassan Wan Omar, 68, berkata, dia terpaksa menaikkan harga roti telur daripada RM2 kepada RM2.50 di kedainya sejak sebulan lalu selepas berdepan dengan krisis belakan bahan mentah tersebut yang semakin berkurangan di pasaran.

“Saya memerlukan lebih 20 papan telur atau 600 biji se­minggu untuk menyediakan roti telur.

“Sekarang ini bukan senang nak dapatkan bekalan telur. Kadang-kadang saya terpaksa menggunakan telur omega yang harganya lebih mahal daripada telur papan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Wan Hassan memberitahu, dia tidak menolak kemungkinan harga roti telur di kedainya terpaksa dinaikkan lagi dalam tempoh beberapa bulan lagi sekiranya bekalan telur masih mahal.

Katanya, harga telur yang dibelinya kini adalah RM14.50 sehingga RM16.50 sepapan dan telur omega berharga RM18.90 bagi 30 biji.

Sementara itu Hasnah Awang, 50, berkata, dia juga terpaksa menaikkan harga nasi lemak telur daripada RM3 kepada RM4 sebungkus.

Katanya, harga bekalan telur itu meningkat menjelang akhir tahun lalu dan berterusan sehingga hari ini.

“Kami tiada pilihan dan berharap pelanggan memahami masalah yang ditanggung peniaga.

“Kami berharap Kerajaan Perpaduan dapat mencari kaedah terbaik dalam mengawal harga serta memulihkan semula bekalan telur ayam,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya