PETALING JAYA: Pihak yang mempunyai locus standi berhubung status kedudukan empat ahli Parlimen yang keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) boleh membawa keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke mahkamah untuk semakan semula. Ia berhubung keputusan Datuk Johari Abdul bahawa empat ahli Parlimen berkenaan tidak perlu mengosongkan kerusi ketika ada yang mendakwa kesemua mereka telah melanggar peruntukan larangan ahli Parlimen bertukar parti di dalam Perlembagaan Persekutuan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas…