Kehadiran paling sedikit dalam tempoh dua tahun-Speaker DUN

Kehadiran paling sedikit dalam tempoh dua tahun-Speaker DUN

KADZIM M. YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini berlangsung dengan kehadiran 44 daripada 79 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sahaja.

Dalam tempoh dua tahun ini, kehadiran pada sidang DUN ini adalah bilangan paling sedikit pernah direkodkan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Kadzim M. Yahya berkata, hari ini hanya Datuk Seri Salleh Tun Said (BN-Usukan) yang menghantar surat memaklumkan tidak dapat menghadiri persidangan khas DUN semalam.

Bagi 34 ADUN lain termasuk semua ADUN Parti Warisan (Warisan) dan ADUN BN dan ADUN Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), mereka tidak menghantar sebarang surat permohonan cuti kepada DUN Sabah.

“Sepatutnya jika tidak hadir kena maklumkan kepada DUN tapi, saya tidak menerima sebarang surat permohonan cuti.

“Saya tidak tahu kenapa mereka tidak hadir sebab tiada surat dihantar,” katanya ketika ditemui selepas persidangan khas DUN Sabah.

Kadzim berkata, beliau tidak pernah menolak sebarang permohonan cuti daripada mana-mana ADUN walau apa pun alasan yang diberikan untuk tidak menghadiri persidangan DUN.

Menurut beliau, kerusi DUN hanya akan dikosongkan jika seorang Ahli Dewan tidak hadir sebanyak tiga kali berturut-turut dalam persidangan DUN.

Tambah beliau, walaupun mereka yang tidak hadir mengeluarkan kenyataan kepada media memaklumkan mereka menyokong pembentangan dua Rang Undang-Undang (RUU) yang dibentangkan hari ini namun, sokongan itu tidak diambil kira.

“Semua sokongan mestilah direkodkan dalam hansard (penyata rasmi) bukan dalam pemberita sebab apa yang mereka katakan (dalam media) tidak akan direkodkan dalam DUN,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, pertukaran kedudukan kerusi yang berlaku hari ini bagi memastikan tiada kelompangan dilihat dalam DUN kerana ramai ADUN yang tidak hadir. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya