Kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa dera

Kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa dera masih dalam keadaan trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG : Kanak-kanak lelaki ditemukan dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi di tepi jalan di Cheras Utama, di sini, pada 13 Januari lalu, masih berada dalam keadaan trauma.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kanak-kanak dianggarkan berusia antara tiga hingga empat tahun itu masih enggan bercakap, meskipun dengan bantuan jurubahasa Myanmar.

“Apabila jurubahasa berkenaan bercakap dalam bahasa Rohingnya, kanak-kanak itu macam tidak faham. Dia tidak mahu bercakap tetapi dia boleh menulis angka satu hingga 10 dalam bentuk perkataan dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

“Namun, dia masih tidak mahu bercakap dan hanya dilihat tersenyum. Mungkin dia masih dalam keadaan trauma,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat 19/13 sempena Tahun Baharu Cina 2023 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, pihaknya masih belum mendapat laporan perubatan kanak-kanak berkenaan memandangkan pemeriksaan masih dilakukan oleh pihak Hospital Kajang.

“Apa yang kita nampak adalah kecederaan fizikal dan pihak hospital masih menjalankan pemeriksaan dalaman terhadap kanak-kanak berkenaan.

“Kanak-kanak itu sudah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut, namun masih ditempatkan di hospital untuk pemantauan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan pelbagai kaedah bagi mengesan waris kanak-kanak berkenaan yang masih belum ditemukan sehingga kini.

“Kita ada bawa gambar kanak-kanak itu di sekitar lokasi dia ditemukan termasuk di kawasan perumahan berhampiran, namun tiada individu yang mengenalinya.

“Malah, kita juga ada membuat hebahan berserta gambar kanak-kanak itu dalam kumpulan WhatsApp penduduk dan masjid di kawasan berkenaan.

“Justeru, kita mohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris kanak-kanak berkenaan supaya menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, kanak-kanak lelaki itu ditemukan dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi di tepi jalan di Cheras Utama, di sini pada 13 Januari lalu. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.