Jangan sekat ahli UMNO pilih pemimpin

Jangan sekat ahli UMNO pilih pemimpin

PANDAK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kelantangan pihak tertentu agar dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan seolah-olah satu tindakan menyekat demokrasi dalam parti.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad berkata, kesemua ahli berhak memilih pucuk kepimpinan parti tanpa ada sekatan bagi membuktikan keabsahan setiap pemimpin yang memegang jawatan masing-masing.

Beliau berkata, sekalipun jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, masih akan berlaku perpecahan (sokongan kepada pemimpin) memandangkan jawatan naib presiden masih dipertandingkan.

“Saya lebih suka dipertandingkan agar membenarkan demokrasi dalam parti. Jadi ahli-ahli parti berhak memilih pucuk kepimpinan.

“Kalau kita sekat makna kita seperti tak beri peluang kepada ahli, Presiden kalau beliau bertanding dan dia okey, maka kita pilih beliau, maknanya tak boleh ada sekatan dalam parti. Lebih elok dipertandingkan semua peringkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berpendapat ahli akar umbi UMNO tidak perlu menjadikan kegagalan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai alasan untuk menukar pucuk kepimpinan tertinggi parti.

Justeru, beliau menyokong penuh usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan demi perpaduan dan ke arah usaha pemulihan sokongan terhadap UMNO.

Menurutnya, sekiranya kedua-dua jawatan tertinggi berkenaan tetap dipertandingkan, ia hanya akan menimbulkan perasaan tidak puas hati, perbalahan dan perpecahan antara ahli dalaman parti. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya