KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan antara pemimpin UMNO yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).
Selain bekas Perdana Menteri itu, antara yang hadir adalah dua lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Terdahulu, tirai Perhimpunan Agung UMNO 2022 dimulakan dengan acara menaikkan bendera oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di perkarangan Menara Dato Onn.
Acara akan diteruskan dengan ucapan dasar Presiden sebelum diikuti perbahasan perwakilan.
Perhimpunan itu merupakan pertama sejurus Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan kekalahan UMNO dan hanya memenangi 26 kerusi Parlimen. –UTUSAN










