Trump dakwa insiden tembakan tidak henti perang Iran

Trump dakwa insiden tembakan tidak henti perang Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa insiden tembakan di majlis makan malam Persatuan Wartawan Rumah Putih tidak akan menghalang beliau daripada meneruskan perang di Iran, walaupun beliau percaya kejadian itu tidak berkaitan dengan konflik tersebut.

“Ini tidak akan menghalang saya daripada memenangi perang di Iran. Saya tidak tahu sama ada ia ada kaitan, saya benar-benar tidak fikir begitu berdasarkan apa yang kita tahu,” kata Trump kepada wartawan dalam satu taklimat di Rumah Putih selepas insiden keselamatan yang mengejutkan itu.

Namun sebelum itu, Trump berkata, tidak pernah tahu sama ada kejadian itu berkaitan dengan perang Iran, sambil menyifatkan siasatan masih dijalankan untuk menentukan motif penembak yang beliau gambarkan bertindak sendirian.

Pemimpin AS itu sebelum ini turut membatalkan lawatan utusan khasnya ke Pakistan bagi rundingan damai dengan Iran selepas tidak berpuas hati dengan pendirian rundingan Teheran, selepas hampir dua bulan konflik berlangsung.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×