Jalan, jambatan baharu Seberang Jelai-Relong kukuh jaringan perhubungan di Pahang

Jalan, jambatan baharu Seberang Jelai-Relong kukuh jaringan perhubungan di Pahang

PEMBUKAAN Jalan, jambatan baharu Seberang Jelai-Relong kukuh jaringan perhubungan di Pahang. - FACEBOOK ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 3J dari Kampung Seberang Jelai ke Kampung Relong di sini meningkatkan kecekapan jaringan pengangkutan di negeri ini.

Projek yang melibatkan kos RM339.7 juta bagi pembinaan jalan sepanjang 6.95 kilometer dengan empat Lorong itu, melancarkan pergerakan penduduk dan pengguna jalan raya, selain menyediakan akses lebih baik untuk menyokong urusan perniagaan, pergerakan barangan serta perkembangan ekonomi setempat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek berkenaan dibina mengikut piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR) R5 dengan dua lorong bagi setiap arah bagi menyediakan perjalanan lebih lancar dan selesa kepada pengguna.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Skop pembinaan turut merangkumi lima jambatan, dua struktur pembetung kotak kenderaan (VBC), pemasangan lampu jalan serta kerja-kerja pengalihan utility,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Projek LTU Seksyen 3J yang disempurnakan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sini hari ini.

Menurutnya, majlis berkenaan turut menandakan pembukaan keseluruhan jajaran sepanjang 11.7 kilometer yang merangkumi LTU Seksyen 3J dari Kampung Seberang Jelai ke Kampung Relong sepanjang 6.95 kilometer, laluan Persimpangan Kecau ke Seksyen 3J sepanjang 3.55 kilometer serta laluan Persimpangan 4A ke susur keluar Kluang sepanjang 1.2 kilometer.

Alexander berkata, LTU yang dahulunya dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) merupakan projek infrastruktur berimpak tinggi Kerajaan Persekutuan yang menyediakan laluan tanpa tol sepanjang kira-kira 299.4 kilometer dari Kuala Krai, Kelantan hingga ke persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Pahang.

Katanya, keseluruhan projek itu melibatkan kos kira-kira RM7.7 bilion dan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan keutamaan pembangunan, aspek keselamatan serta keperluan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Di Pahang, LTU melibatkan jajaran sepanjang 169.1 kilometer yang dibahagikan kepada lima seksyen, dengan 13 pakej sepanjang 115.6 kilometer sudah disiapkan secara berperingkat sejak 2013 dan dibuka kepada pengguna.

Baki dua seksyen yang masih dalam pembinaan ialah Seksyen 4B dari Ladang Jerkoh ke Sega Lama serta Seksyen 6 dari Sertik ke persimpangan LPT yang apabila siap kelak akan melengkapkan rangkaian LTU di negeri ini.

Beliau berkata, LTU bakal menjadi laluan alternatif penting kepada Jalan Persekutuan FT08, selain memudahkan pergerakan antara Kelantan dan Pahang serta kawasan sekitarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini