Hujan berlarutan cetus kebimbangan banjir

Hujan berlarutan cetus kebimbangan banjir

KEADAAN air di pintu kunci air Taman Sri Muda, di Shah Alam, Selangor, semalam yang masih berada di paras selamat - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hujan lebat lebih sejam yang berlaku hampir setiap hari dalam tempoh seminggu lalu mencetuskan kebimbangan penduduk dalam kawasan berisiko banjir sekitar bandar raya ini, khususnya di Taman Sri Muda yang terjejas teruk akibat bencana tersebut pada Disember 2021.

Keresahan itu ditambah dengan pengumuman daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) berhubung Notis Kesiapsiagaan Kemungkinan Banjir Kilat yang dalam masa 24 jam sehingga semalam.

Dalam notis tersebut, PRABN menyenaraikan lima daerah termasuk Bandar Raya Shah Alam sebagai kawasan yang berkemungkinan berlaku banjir kilat ekoran hujan lebat sejak beberapa hari ini.

Justeru, seorang penduduk di Taman Sri Muda, N. Chandran, 46, berkata, dia tidak dapat membayangkan sekiranya bencana pada Disember 2021 yang mengakibatkan kerugian ribuan ringgit berulang.

“Saya tidak dapat tidur lena, walaupun hujan tidak berterusan tetapi ia juga berlaku pada waktu malam, takut air naik tiba-tiba. Macam bah yang berlaku setahun lebih lalu, air naik pada awal pagi. Sejak kejadian itu kalau hujan beberapa hari, saya akan sentiasa berjaga-jaga.

“Saya memang tak nak lagi kerugian banyak macam dahulu. Bukan senang nak cari duit sekarang ini ” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementaara itu. tinjauan Utusan Malaysia di pintu kunci air Taman Sri Muda di sini mendapati, paras air di kunci air tersebut masih terkawal.

Namun penduduk bimbang air perlu dilepaskan daripada kunci air sekiranya paras air sungai meningkat mendadak.

Seorang lagi penduduk, S. Namondran, 50, berkata, dia sentiasa mengikuti perkembangan terkini berlakunya hujan yang dikeluarkan Jabatan Meterologi sejak insiden bah besar berlaku.

“Macam baru-baru ini bila ada jangkaan kemungkinan besar berlaku banjir di sini dalam tempoh beberapa hari ini, saya sekeluarga telah pindahkan barang-barang berharga di tingkat atas rumah. Saya tak mahu lagi lambat ambil tindakan untuk elak banyak barang rosak,” katanya yang tinggal di Jalan Srikandi 25/14. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya