Harga tiket kapal terbang Tahun Baharu Cina meningkat - Utusan Malaysia

Harga tiket kapal terbang Tahun Baharu Cina meningkat

HARGA tiket menjelang Tahun Baharu Cina didapati meningkat dan mampu membebankan pengguna. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan harga tambang pengangkutan menjelang musim perayaan dan cuti sekolah semestinya mencetus kerisauan pengguna.

Senario itu sering dilihat bila terjadi kenaikan harga tiket penerbangan domestik membuatkan pengguna menerima tempias tersebut.

Semakan Utusan Malaysia menerusi dua laman sesawang syarikat penerbangan pilihan utama pengguna pada tarikh sama dan destinasi yang sama bagi kelas ekonomi mendapati, ada perbezaan harga tambang yang ditawarkan.

Semakan mendapati, jika penumpang membeli tiket sama ada penerbangan sehala atau dua hala, harga tiket tidak menunjuk banyak perbezaan bagi syarikat A dan B.

Contohnya, perjalanan bagi syarikat A dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu adalah kurang bagi tiga hari sebelum Tahun Baharu Cina.

Dalam masa tiga hari tersebut, syarikat penerbangan A menawarkan harga serendah RM255 sehingga RM495.

Namun jika dibandingkan dengan harga tambang syarikat penerbangan B, harga tiket bermula pada RM497.48 sehingga mencapai RM2,102.32.

Harga tiket pada sebelah pagi pula adalah lebih mahal.

Bagi perjalanan dari Kuala lumpur ke Kuching bagi syarikat A, harga tambang yang ditawarkan adalah bermula pada RM168 sehingga RM505.

Namun harga bagi tarikh sehari sebelum Tahun Baharu Cina, syarikat itu meletakkan harga RM168 sehingga RM335.

Bagi syarikat B harga tiket bermula pada RM572.71 sehingga RM1,595.64.

Namun bagi harga tambang sama ada Kota kinabalu dan Kuching kembali ke ibu negara, harga yang disemak melalui laman sesawang kedua-dua syarikat penerbangan tersebut adalah menurun sedikit.

Selain tiket kapal terbang, dianggarkan penumpang perlu juga membelanjakan kira-kira RM100 ke RM200 iaitu cas tambahan bagi penerba­ngan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya