Haiwan juga berjasa - Utusan Malaysia

Haiwan juga berjasa

Haiwan
KHALID Rashid (kiri) menyantuni kanak-kanak yang ingin memelihara kucing melalui program kucing angkat yang diadakan di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor dan kebakaran dekat Wisma Jakel di Seksyen 7 di sini, mengajar manusia betapa haiwan seperti anjing mampu membantu kita menyelesaikan sesuatu masalah.

Justeru, haiwan sedemikian wajar dilindungi dan dilayan dengan kasih sayang daripada diseksa dengan perbuatan tidak berperikemanusiaan sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Menurut Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM), Khalid Rashid, anjing turut berjasa membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Batang Kali baru-baru ini.

“Selama ini binatang seperti kucing dan anjing yang merayau mencari makan dicederakan seperti dibaling batu oleh orang yang tidak menyukai haiwan tersebut. 

“Sebagai Presiden KKM saya sedih dengan sikap manusia yang tidak ada rasa belas dan kasih terhadap makhluk ciptaan Allah. Adakah golongan ini sedar anjing mampu mengesan lokasi manusia yang tertimbus dalam tanah di saat teknologi canggih gagal melakukannya,” katanya ditemui pada Program Kucing Angkat di Plaza Shah Alam Seksyen 9.

Tambahnya, beliau berharap pendidikan terhadap pemeliharaan dan kesedaran perlindungan haiwan perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak di samping menguatkuasakan undang-undang menghukum penderanya.

Jelasnya Khalid lagi, selain dididik untuk menyayangi haiwan dalam subjek pendidikan sivik, pihak sekolah boleh mewujudkan kelab pencinta haiwan seperti kelab kucing di sekolah.

“Melalui aktiviti sedemikian anak-anak kecil akan lebih bertanggungjawab terhadap kebajikan haiwan peliharaan. Ia juga mampu memupuk semangat perpaduan sesama ahli kelab tersebut.

“Ia juga mampu mengurangkan kes penderaan yang berlaku sejak kebelakangan ini. Hari ini anak-anak menghabiskan masa bermain gajet sedangkan jika mereka bermain dengan kucing ia mampu menjadi terapi untuk merawat stres,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.