Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 dilancar Mac

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 dilancar Mac

AHMAD Zahid Hamidi menyampaikan tokoh personaliti Quran kepada Norhafizah Musa pada Majlis Anugerah Personaliti Quran dan Wakaf al-Qur’an di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bakal melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 (DPTN 2.0) pada 11 Mac depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, DPTN 2.0 itu akan dilancarkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghimpunkan 23,000 huffaz dari seluruh negara.

“DPTN akan dihidupkan semula dan diselaraskan dengan pihak kerajaan negeri kerana hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Ketika ini, DPTN 1.0 sedang dikaji supaya wujud penyelarasan dari segi kaedah pengajaran dalam institusi tahfiz agar mereka yang keluar daripada institusi tahfiz tidak hanya bekerja sebagai imam, guru atau bidang berkaitan sahaja.

“Kerajaan mahu mewujudkan kerjaya profesional kepada penghafaz al-Quran agar mereka juga dapat menyumbang kepada negara selain mengangkat martabat golongan terbabit,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Personaliti Quran dan Wakaf al-Qur’an di Kompleks Nasyrul Quran, di sini malam ini.

Katanya, kerajaan juga akan memastikan golongan huffaz ini dapat memberi sumbangan kepada negara dan mengekalkan kebolehan menghafal al-Quran serta menjadi ahli masyarakat al-Quran seperti negara Islam lain.

Ahmad Zahid berkata, Dasar Tahfiz Negara dilancarkan pada 2018, malah ia sebahagian daripada program Transformasi Nasional 2050 (TN 2050) di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, program itu menyasarkan untuk mewujudkan seramai 250,000 huffaz (penghafal al-Quran) dari golongan ahli profesional antaranya jurutera dan doktor.

“Malang sekali program berkenaan terbatal kerana pertukaran kerajaan namun, ia akan dihidupkan semula di bawah Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut berkesempatan meraikan sembilan tokoh personaliti Quran yang terlibat secara langsung dengan aktiviti dan usaha pembudayaan al-Qur’an di dalam negara dan luar negara.

Mereka adalah Syaikh Dr. Ahmad Eisaa al-Ma’sarawi (Mesir); Datuk Okhna Othsman Hassan (Kemboja); Datuk Dr. Prof. Mohd Hasbi Abu Bakar (Singapura); Datuk Nooh Gadut; Allahyarham Datuk Dr. Siddiq Fadzil, Tan Sri Aseh Che Mat; Datuk Dr. Norhafizah Musa; Datuk Mohd Asri Ahmad dan Dr. Norakyairee Mohd. Raus.

Pada majlis sama, lebih RM308,000 dana berjaya dikumpulkan bagi projek wakaf al-Quran yang disumbangkan syarikat korporat dan persendirian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.