Cemburu punca pemandu e-hailing di Tawau dibunuh

Cemburu punca pemandu e-hailing di Tawau dibunuh

IDRIS Abdullah menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota polis semasa perhimpunan bulanan IPK Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Cemburu dipercayai menjadi motif yang membawa kepada pembunuhan pemandu e-hailing di Tawau yang turut membabitkan penahanan lapan individu termasuk empat pegawai kanan polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, daripada lapan individu yang ditangkap, tiga adalah orang awam dan selebihnya pegawai polis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pembunuhan itu berlaku disebabkan oleh cemburu dan isteri mangsa kes bunuh itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau semalam.

“Motif pembunuhan lebih kepada cemburu dan kita telah tuduh isteri kepada si mati. Kes ini tidak melibatkan apa-apa isu keselamatan, ia lebih kepada isu peribadi.

“Kita masih menjalankan siasatan dan mengumpul bahan-bahan bukti. Dalam masa terdekat ini, kita akan tengok dan jika cukup bukti serta keterangan, kita akan rujuk kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan seterusnya,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah hari ini.

Idris berkata, isteri mangsa telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mendapat arahan timbalan pendakwa raya.

Semalam, Nurima Juli, 33, dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa terlibat membunuh seorang lelaki bernama Nurman Bakaratu, 61, yang juga suaminya di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas, Tawau pada 13 Januari lalu.

Sebelum ini, Nurima bersama tujuh individu termasuk empat pegawai kanan polis ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan pemandu e-hailing tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya