CAP sokong tiada kompaun bagi kesalahan lalu lintas - Utusan Malaysia

CAP sokong tiada kompaun bagi kesalahan lalu lintas

MOHIDEEN ABDUL KADER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong langkah Kementerian Pengangkutan menyenaraikan tujuh kesalahan utama lalu lintas yang tidak dibenarkan dikompaun sempena Tahun Baharu Cina ini.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, langkah seperti itu tidak seharusnya dihadkan semasa perayaan sahaja tetapi sewajarnya dilaksanakan sepanjang tahun.

”Dengan pelaksanaan ini mereka yang didapati melanggar undang-undang jalan raya tidak akan ditawarkan denda tetapi akan dirujuk terus ke mahkamah.

”Kami berharap pelaksanaan ini ia akan menjadi pencegahan yang berkesan kepada pelanggaran jalan raya di negara ini dan mengurangkan jumlah kemalangan serta kematian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenaraikan tujuh kesalahan utama lalu lintas sempena Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023 yang tidak dibenarkan kompaun.

Kesalahan itu membabitkan memotong barisan; memotong di garisan berkembar; tidak mematuhi isyarat lampu merah; memandu melebihi had laju; menggunakan telefon bimbit semasa memandu; tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.

Menurut Mohideen, perangkaan yang dikeluarkan oleh pihak polis yang mana sejumlah 402,626 kemalangan jalan raya direkodkan di Malaysia dari Januari hingga September tahun lalu telah mengakibatkan 4,379 kematian.

Jelasnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan daripada 255,532 kemalangan jalan raya sepanjang tempoh sama pada 2021 yang mana 3,324 kematian direkodkan.

”Angka untuk sembilan bulan pertama tahun lalu mewakili peningkatan 58 peratus atau 147,094 kes kemalangan berbanding 2021, manakala jumlah kematian meningkat hampir 32 peratus (
atau 1,055 kematian,” katanya.

Tambah beliau, kadar kematian pengguna jalan raya yang tinggi di negara ini amat membimbangkan, justeru kerajaan perlu bertindak pantas dan tanpa sebarang kompromi.

”Kerajaan juga perlu segera menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk menyiasat punca sebenar peningkatan jumlah kemalangan jalan raya dan kematian di jalan raya setiap hari.

“Banyak faktor telah dikenal pasti sebagai kemungkinan penyebab kepada senario yang amat menyedihkan ini iaitu yang paling biasa adalah pemandu itu sendiri yang memandu secara melulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya