Cadangan wujudkan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak

Cadangan wujudkan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak

JAWATANKUASA Sosial ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan penyelia mengenai perkara berkaitan pendidikan, hak dan jenayah terhadap kanak-kanak. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat mewujudkan pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), kata Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Pejabat menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan sentiasa peka tentang isu penganiayaan kanak-kanak, justeru, pindaan terhadap akta yang berkaitan adalah penting bagi memastikan keberkesanan sistem pengadilan jenayah dalam mengendalikan kes kesalahan seksual yang melibatkan golongan itu.

“Kerajaan juga komited dalam penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai suatu badan bebas yang dapat memantau dan memelihara hak kanak-kanak di Malaysia.

“Namun, penubuhan suruhanjaya ini memerlukan pandangan pelbagai pemegang taruh dan juga penggubalan suatu akta. Sebagai penyelesaian jangka masa pendek, kerajaan berhasrat untuk mewujudkan pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di bawah Suhakam,” katanya hari ini.

Terdahulu, satu sesi libat urus diadakan hari ini di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia yang dihadiri pihak-pihak berkepentingan terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan, ahli akademik, dan masyarakat sivil yang berkaitan isu kanak-kanak.

Menurut kenyataan itu, sesi tersebut bertujuan mendapatkan cadangan, pandangan dan maklum balas berkaitan cadangan pindaan terhadap Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676).

“Antara isu yang dibincangkan dalam sesi libat urus itu seperti cabaran dihadapi semasa siasatan, proses pendakwaan, perbicaraan dan pasca perbicaraan bagi kes jenayah yang melibatkan mangsa dan saksi kanak-kanak; keperluan untuk menambah baik fasiliti sedia ada di mahkamah dan penyelarasan umur kanak-kanak kepada 18 tahun dalam akta-akta berkaitan.

“Selain itu, mengenai penerimaan keterangan saksi kanak-kanak oleh mahkamah tanpa keterangan sokongan (corroborative evidence) dan peruntukan undang-undang yang baharu untuk membendung eksploitasi seksual secara dalam talian terhadap kanak-kanak, pembayaran pampasan oleh tertuduh kepada mangsa, bantuan pemulihan untuk mangsa dan saksi kanak-kanak serta memperkasakan perkhidmatan pendamping guaman (legal companion) yang sedia ada.

“Ia juga mengenai kewujudan elemen tanggungan keras (strict liability) dalam undang-undang berkaitan kesalahan seksual kanak-kanak dalam keadaan tertentu dan pemberian kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengekstrak keterangan daripada alat digital dan komunikasi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya