Bung Moktar digugurkan, tiga menteri baharu dilantik

Bung Moktar digugurkan, tiga menteri baharu dilantik, Shahelmey timbalan ketua menteri baharu

JAMES Ratib (kiri), Christina Liew (tengah) dan Phoong Jin Zhe (kanan) mengangkat sumpah sebagai ahli Jemaah Kabinet Negeri yang baharu di Istana Negeri, Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin sah digugurkan daripada Kabinet Negeri Sabah dengan lantikan jemaah Kabinet baharu hari ini.

Turut digugurkan ialah Datuk Jafry Ariffin (BN-Sukau) dan Datuk Yakub Khan (BN-Karambunai).

Jawatan Bung Moktar sebagai Timbalan Ketua Menteri III digantikan oleh Datuk Shahelmey Yahya yang turut memegang jawatan Menteri Kerja Raya.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam kini memegang portfolio sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Sementara itu, Datuk Seri Masidi Manjun dilantik sebagai Menteri Kewangan yang sebelum ini dipegang oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Tiga menteri baharu yang turut disenaraikan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Datuk Christina Liew, Datuk James Ratib (BN-Sugut) dan Phoong Jin Zhe (Luyang).

Christina dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar bagi menggantikan Jafry.

James pula dilantik Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat bagi menggantikan Shahelmey.

Jin Zhe pula dilantik sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian yang sebelum ini dipegang oleh Joachim.

Bagi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang dahulu dipegang oleh Yakub kini digantikan oleh Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif.

Portfolio lain dalam Kabinet Sabah dikekalkan termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Jeffrey Kitingan; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.