Bomba anjur Majlis Perbarisan Tahunan, hargai media esok

Bomba anjur Majlis Perbarisan Tahunan, majlis hargai media esok

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia akan mengadakan Majlis Perbarisan dan penghargaan kepada media di Putrajaya esok
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menganjurkan Majlis Perbarisan Tahunan bertempat di Ibu Pejabatnya di Putrajaya, pukul 2 petang esok. 

Majlis Perbarisan Tahunan itu disempurnakan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Dalam majlis sama, JPM turut menyampaikan sijil penghargaan media bagi menghargai mereka yang membuat liputan semasa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting, Disember lepas. 

Ia dalam masa sama bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti pengamal media yang meningkatkan imej jabatan itu dalam penyampaian perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang berimpak tinggi. 

Lebih 10 wakil media daripada pelbagai agensi seluruh negara dijangka menerima sijil penghargaan tersebut. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya