Banjir: Kerajaan salur RM2 juta bantu ahli koperasi

Kerajaan salur RM2 juta bantu ahli koperasi pulih perniagaan pasca banjir

K. SARASWATHY (kanan) bertanya khabar mangsa banjir di Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. - FOTO/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi membantu ahli koperasi di seluruh negara untuk memulihkan semula perniagaan mereka yang terjejas akibat banjir penghujung tahun lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi K. Saraswathy berkata, bancian terperinci melibatkan 15,000 premis perniagaan koperasi serta tujuh juta ahli yang berdaftar sedang disiapkan sebelum agihan secara ‘one off’ diberikan.

“Dana khas yang disediakan menerusi Tabung Khas Bencana ini bertujuan meringankan beban ahli koperasi dalam usaha memulihkan semula perniagaan mereka.

“Fokus utama kita adalah kepada negeri-negeri yang terlibat dengan musibah banjir baru-baru ini,” katanya kepada pemberita pada Program Pemberian Bakul Makanan Kepada Mangsa Banjir di Kampung Dalam Rhu, di sini hari ini.

Saraswathy memberitahu, ahli koperasi yang tidak mempunyai premis perniagaan akan turut disalurkan melibatkan bantuan bakul makanan.

Sementara itu, mangsa banjir Nor Aimah Awang, 63, berkata, dia masih trauma dengan banjir yang pertama kali dialami sepanjang hidupnya.

Hal ini katanya, kawasan rumahnya yang berhampiran dengan Pantai Semerak tidak pernah banjir sebelum ini.

“Semoga banjir seumpama ini kesan hujan lebat berterusan dan air laut pasang besar tidak berulang kembali,” ujarnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya