Arsenal kukuhkan kedudukan, benam United 3-2

Arsenal kukuhkan kedudukan, benam United 3-2

EDDIE Nketiah merainkan jaringannya ketikla menentang Manchester United aal pagi tadi di Stadium Emirates.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri dalam dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini apabila bangkit menewaskan Manchester United 3-2 di Stadium Emirates.

Eddie Nketiah muncul wira Arsenal apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 untuk skuad kendalian Mikel Arteta kembali mendahului lima mata di puncak liga.

Sebelum itu, Nketiah memadamkan kelebihan jaringan pembukaan Marcus Rashford untuk United, sebelum penyerang England, Bukayo Saka meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-53.

Pelawat kemudian menyamakan kedudukan apabila pertahanan Argentina, Lisandro Martinez menanduk masuk bola pada minit ke-59.

“Ia sangat baik. Terutama di babak kedua, persembahan pasukan amat menakjubkan. Kami begitu tenang dan bersemangat. Kami tidak pernah panik.

“Kami sentiasa percaya yang kami mampu memenanginya. Kami mempunyai banyak peluang cuma bola tidak mahu masuk, tetapi pada akhirnya ia masuk juga,” kata Arteta.

Juara bertahan, Manchester City sebelum itu merapatkan jurang kepada hanya dua mata selepas kemenangan 3-0 ke atas Wolves, hasil hatrik keempat Erling Haaland musim ini.

Arsenal kini mengukuhkan keyakinan di Emirates yang mereka mampu bertahan di puncak liga untuk meraih gelaran Liga Perdana Inggeris, yang kali terakir dimenangi pada tahun 2004.

Mereka kini mengumpul 50 mata selepas 19 perlawanan, dan bermain kurang satu perlawanan berbanding City yang menghuni tangga kedua.

United, di tangga keempat, mengalami kekalahan pertama dalam semua pertandingan sejak awal November tetapi pengendalinya, Erik ten Hag tidak berpuas hati dengan corak pertahanan pasukannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.