Alif Satar tolak adegan tanpa baju dalam filem Pulau - Utusan Malaysia

Alif Satar tolak adegan tanpa baju dalam filem Pulau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Alif Satar memaklumkan, pernah diminta tampil tidak berbaju untuk sebuah babak dalam filem terbarunya, Pulau yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Bagaimanapun, kata Alif, dia menolak permintaan itu kerana tidak selesa berbuat demikian di layar perak.

“Ada beberapa babak yang saya tolak untuk lakonkan kerana tidak selesa seperti tampil tanpa berbaju di hadapan kamera.

“Saya tahu batas yang perlu dijaga dan tetap berpegang kepada prinsip yang saya amalkan selama ini.

“Kenyataan ini bukan untuk sesiapa, sebaliknya ia merujuk kepada prinsip diri. Pelakon lain ada hak untuk berbuat perkara yang mereka inginkan,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Disoal tentang kontroversi yang melanda filem tersebut, Alif berkata, dia enggan mengulas panjang dan lebih selesa menyerahkan isu tersebut kepada pihak bertanggungjawab.

“Saya hanya pelakon yang profesional dalam menjalankan tugas. Bukan bidang kuasa saya untuk memperkatakan isu ini kerana yang lebih layak menjawab adalah penerbit, Lembaga Penapisan Filem Malaysia dan Perbadanan Filem Nasional Malaysia, (Finas),” ujarnya.

Kata Alif lagi, dia akur dengan kritikan, susulan pembabitannya dalam filem tersebut dan menyifatkan teguran itu sebagai tanda kasih sayang serta keprihatinan peminat terhadap diri serta kerjayanya.

“Walaupun teguran netizen ada kala kedengaran pedas, saya lihat ia dari sudut positif.

“Mereka risau kontroversi yang melanda filem ini akan menjejaskan kredibiliti dan nama baik saya. Jadi, saya faham kalau ada yang menegur dan mengkritik.

“Keluarga, rakan dan peminat yang betul-betul kenal tahu saya orangnya bagaimana dan prinsip yang saya pegang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya