70 peratus kakitangan pertimbang berhenti kerja, tak puas hati sistem kesihatan awam - Kajian

70 peratus kakitangan pertimbang berhenti kerja, tak puas hati sistem kesihatan awam – Kajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tujuh daripada sepuluh kakitangan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mahu berhenti kerja dengan 95 peratus daripada keseluruhan 1,652 responden dalam tinjauan sebuah laman web berita kesihatan CodeBlue, percaya bahawa sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia kini berada dalam ‘krisis’.

Dalam tinjauan tersebut, kumpulan profesional dalam sektor kesihatan kerajaan di seluruh negara melaporkan, tahap kemarahan dan ketidakpuasan hati yang tinggi terhadap sistem penjagaan kesihatan awam.

“KKM berada di ambang kehancuran. Kami sedang rebah dari dalam. Saya rasa mereka tahu, tetapi mereka tidak kisah,” kata seorang pegawai pergigian tetap yang bekerja di klinik pergigian Pulau Pinang, seperti dipetik portal tersebut.

Padsa 28 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan berdasarkan maklumat daripada kumpulan Hartal Ahli Farmasi kontrak, pihaknya memaklumkan kakitangan sektor farmasi di bawah KKM terpaksa berdepan situasi kekurangan staf yang kritikal sehingga mengalami keletihan melampau.

Sumber itu berkata: “Contohnya, kita ada satu farmasi Total Parenteral Nutrition (TPN) yang menguruskan nutrisi untuk pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU). Yang itu, pegawai farmasi yang buat. 

“Baru-baru ini, daripada tujuh kakitangan, tiga kakitangan TPN berhenti serentak. Sebabnya, ketiga-tiga mereka ini jawatannya kontrak dan langsung tidak ditawarkan ke jawatan tetap, jadi mereka berhenti pergi ke tempat lain.

“Kesannya, empat kakitangan yang tinggal itu terpaksa bertugas untuk menampung bebanan yang sepatutnya digalas tujuh pegawai farmasi.”

Dalam pada itu, tinjauan Codeblue menyatakan, lebih separuh (52 peratus) daripada kesemua responden berkata, mereka akan mengambil bahagian dalam mogok jika dianjurkan untuk pekerja penjagaan kesihatan awam (867 orang), manakala satu pertiga (34 peratus) menyatakan ketidakpastian tentang penyertaan mereka (557 orang). 

“Secara keseluruhan, lebih daripada 1,400 profesional penjagaan kesihatan kerajaan sama ada bersedia atau tidak pasti tentang berhenti kerja. Hanya 14 peratus menentang tindakan industri,” lapornya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya