5,400 pesara polis Selangor hidapi sakit kronik - Utusan Malaysia

5,400 pesara polis Selangor hidapi sakit kronik

Pesara polis
ZULKEPLI Mohd. Ali Piah (dua kiri/ baju putih) bersama pihak pengurusan Al-Qalam pada program itu di Shah Alam, Selangor.-UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hampir 60 peratus atau 5,400 pesara polis di Selangor berusia antara 60 hingga 79 tahun  menghidapi penyakit kronik yang memerlukan rawatan perubatan di hospital dan alternatif.

Rata-rata mereka menghidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan masalah saraf malah 30 peratus daripada jumlah pesara itu sudah pun terlantar.

Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Selangor, Zulkepli Mohd. Ali Piah berkata, jumlah itu meliputi  9,000 pesara wajib yang berdaftar dengan pihaknya setakat ini.

“Kebanyakkan golongan itu menghidapi penyakit tiga serangkai dan masalah saraf yang menyulitkan pergerakan mereka. Saya menerima banyak rungutan daripada ahli dan keluarga mereka.

“Justeru, kita menggunakan pendekatan membantu mereka bagi mendapatkan rawatan di hospital selain kaedah terapi atau alternatif,” katanya ketika ditemui pada program bersama Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam (Al-Qalam) yang turut dihadiri Presiden Al-Qalam, Datuk Seri Dr. Baharudin Abu, hari ini.

Tambah Zulkepli, jalinan kerjasama dengan pusat rawatan alternatif dan tradisional turut dianggap keperluan kepada pesakit sebagai ikhtiar perubatan.

“Ada daripada ahli dan keluarga mereka memilih untuk berubat secara alternatif terutama yang menghadapi masalah saraf. Oleh itu, kerjasama dengan pusat rawatan seumpamanya memudahkan lagi urusan mereka selain perubatan di hospital sedia ada,” ujarnya.

Sementara itu, Baharudin berkata, pihaknya sentiasa menawarkan rawatan percuma kepada ahli PBPM terutama yang berpendapatan rendah atau B40.

“Rawatan itu antaranya menerusi pelaksanaan pelbagai program di seluruh negara sejak Al-Qalam ditubuhkan secara rasmi pada 2016. Ia melibatkan masalah saraf dan spiritual manakala yang kronik akan dirujuk kepada hospital yang mempunyai kemudahan serta peralatan lengkap,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya