3 universiti Turkiye mahu kerjasama dengan USIM

3 universiti Turkiye mahu kerjasama dengan USIM

ZULKIFLI Mohamad al-Bakri mendengar taklimat daripada salah seorang anggota delegasi dari tiga buah universiti Turkiye untuk bekerjasama dengan pihak USIM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiga universiti ternama dari Turkiye melahirkan hasrat menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali gus memberi manfaat kepada para pensyarah dan pelajar di kedua-dua buah negara.

Ia melibatkan İstanbul Üniversitesi dan İstanbul Sabahattin Zaim Üniversitesi dari Istanbul manakala satu lagi, Gaziantep Üniversitesi yang terletak di tenggara negara berkenaan.

Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan bahawa ia hasil pertemuan dengan delegasi dari ketiga-ketiga universiti itu di pejabatnya.

“Saya menyatakan kepada mereka bahawa hubungan Malaysia dan Turkiye bukan baru bermula bahkan bertapak di hati umat Islam sejak zaman Khilafah Uthmaniyah,” nukilnya.

İstanbul Üniversitesi diasaskan oleh Sultan Mehmet II al-Fatih, sehari selepas menawan Istanbul yang ketika itu disebut Constantinople daripada empayar Byzantine pada 1453.

Sementara İstanbul Sabahattin Zaim Üniversitesi yang baharu diwujudkan pada 2010 lalu, dan diuruskan sebuah yayasan sains negara itu sebagai institusi penyelidikan sejagat.

Gaziantep Üniversitesi pula ialah pusat pengajian tinggi awam ditubuhkan pada 1987 lalu serta dikenali sebagai universiti terbaik dalam kajian saintifik dan teknologi antarabangsa.

Zulkifli turut mengimbau pengalaman dirinya ketika menjadi menteri dahulu apabila pernah ada berunding dengan Presiden Direktorat Hal Ehwal Agama Turkiye, Prof. Dr. Ali Erbas melibatkan beberapa kerjasama berkaitan hal ehwal Islam di dua negara demi faedah bersama.

Walau bagaimanapun ujar beliau, perancangan tersebut tidak dapat diteruskan susulan perubahan anggota jemaah Kabinet di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya