Laporan Kewangan Tabung Haji dibentang minggu depan - Utusan Malaysia

Laporan Kewangan Tabung Haji dibentang minggu depan

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:Laporan Kewangan Tabung Haji (TH) bagi tahun 2018 dan 2019 akan dibentangkan sebelum tamat sesi mesyuarat kedua sidang Parlimen yang berakhir pada Khamis hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, buat masa ini Kementerian Kewangan sedang dalam proses akhir semakan sem ula laporan itu.

Selepas disemak semula, laporan kewangan itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dan dibentangkan di Parlimen.

“Insya-Allah, sebelum sidang Parlimen berakhir, laporan ini akan dibentangkan jika tiada aral melintang,” katanya dalam sidang akhbar di Majlis Pelancaran Muafakat NGO Islam di sini semalam.

Terdahulu, bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim mempersoalkan tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang gagal mengemukakan laporan kewangan institusi itu sepanjang berada di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Namun, baru-baru ini, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) bertindak mendesak Zulkifli membentangkan laporan kewangan agensi itu walaupun Mujahid sebelum ini gagal membentangkannya semasa kerajaan PH berkuasa.

Mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH, Zulkifli berkata, perkara tersebut bergantung kepada pertimbangan Kementerian Kewangan.

“Kementerian Kewangan perlu memperhalusi pelbagai isu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan dengan penubuhan tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya